Saturday 14 December 2013

Warga Emas Maut Dilanggar Van



14 Disember 2013
KUCHING - Seorang warga emas maut selepas dilanggar sebuah van di Jalan Tunku Abdul Rahman, dekat Jambatan Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman, pagi tadi.



Dalam kejadian itu mangsa, Leman Awi, 67, seorang pengawal keselamatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
  
Wartawan dan jurugambar Bernama yang tiba di tempat kejadian 10 minit selepas kemalangan itu difahamkan, Leman yang berasal dari Kampung Moyan Laut, Asajaya dan kini tinggal di Kota Samarahan, dipercayai baru sahaja membeli sayur-sayuran dan buah-buahan di Medan Niaga Satok, sebelum melintas jalan untuk pulang.
  
Menurut saksi kejadian, mangsa dilihat melintas jalan yang mempunyai tiga lorong itu, sebelum dilanggar sebuah van ketika berada di lorong paling kanan menyebabkan mangsa terpelanting kira-kira 50 meter.
  
Menurut jurucakap polis di tempat kejadian, pemandu van ditahan untuk siasatan. - Bernama

Sumber:

http://www.sinarharian.com.my/semasa/warga-emas-maut-dilanggar-ketika-lintas-jalan-1.230629
http://news.abnxcess.com/2013/12/senior-citizen-dies-after-being-hit-by-van-while-crossing-road/

No comments:

Post a Comment