Thursday, 17 October 2013

Pertama Kali Bawa Kereta Sewa di Sekitar Serdang

Ceritanya bermula dengan hendak menonton cerita Insidious 2 di The Mines dengan kawan-kawan. Ingat nak guna KTM dari station KTM UKM. Tapi kawan bawa naik kereta sewa. Jadi, ikut kawan-kawan sebab ingat senang lagi kalau naik kereta sendiri. Kami semua baru pertama kali bawa kereta di semenanjung ini (percaya atau tak, itu terpulang). Perjalanan pergi The Mines cuma mengambil masa 20 minit sahaja kalau tahu jalan tetapi kami sesat banyak kali di kawasan berdekatan dengan The Mines. Kawan yang bawa kereta pun stress sangat dengar arahan dari "JPJ"(kami yang penumpang la). Banyak kesalahan jalan raya yang kami langgar tetapi hal ini memberi pengalaman yang sangat melucukan sebab kami semua berlagak macam sudah tahu jalan. Yakin katakan. Biarpun mengambil masa yang sangat lama untuk sampai ke destinasi yang ingin dituju tetapi kami sampai dengan keadaan selamat. Jadi, pengajarannya, buat perancangan betul-betul dahulu sebelum memulakan aktiviti harian. Di sini saya ada sertakan dengan gambar-gambar semasa di dalam kereta.







Selepas sampai di The Mines, kami terus pergi beli tiket wayang. Harga biasa RM15.00. Kalau harga untuk pelajar RM8.00.


Selepas beli tiket, terus pergi makan tengah hari di McDonald sebab masing-masing membawa perut yang kosong. =)





Kesimpulannya, hari ini sangat memenatkan tetapi seronok! Terima kasih sebab sudi membaca.

No comments:

Post a Comment