Hari pertama kami pergi ke Botanical Garden di Shah Alam. Banyak taman yang boleh lawat di sini. Antaranya ialah, Taman rempah ratus, Taman haiwan dan yang paling saya suka ialah Rumah Iklim Sederhana Empat Musim. Sekarang ini tengah musim luruh.
Selain daripada dapat menikmati pemandangan d sekitar taman tersebut, kita juga dapat membuat riadah bersama-sama keluarga atau rakan-rakan. Yuran kemasukkan ialah RM3.00. Yuran kemasukkan untuk ke rumah iklim sederhana empat musim juga sebanyak RM3.00. Jadi, kalau ada masa, berkunjunglah ke Botanical Garden di Shah Alam. Ok, pada sebelah malam pula, kami pergi ke I-City, juga bertempat di Shah Alam.
Yang penting enjoy!! Pada hari berikutnya, kami pergi main ice skating di Sunway Pyramid. Pada mulanya, permainan ini sangat susah untuk dipelajari terutamanya untuk yang baru nak main (termasuk diri saya) tetapi dengan semangat yang ingin mencuba, maka dapat bermain dengan baik walaupun terpaksa diiringi oleh sepupu kawan.
Sangat seronok. Dan hari seterusnya pula pergi menonton wayang di Time Square. Cuti saya penuh dengan aktiviti yang memenatkan tetapi memberi memori yang sangat indah buat diri saya dan orang lain. Jadi, sampai di sini sahaja dulu, tunggu laporan seterusnya.
No comments:
Post a Comment