Selamat bekenalan semua. Nama saya Lydia Emak. Saya pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia. Seperti mana kita boleh nampak dalam gambar itu, itu adalah simbol yang menandakan diri saya adalah pelajar program Sarjanamuda Keusahawanan dan Inovasi dengan Kepujian. "Profit" atau Keuntungan adalah matlamat utama seseorang usahawan dalam sesebuah perniagaan. Sememangnya keuntungan itu adalah segalanya apabila berkaitan dengan perniagaan tetapi bagi saya 'Luck" atau Nasib adalah yang terbaik. Walaupun sehebat manapun strategi kita dalam menguruskan sesebuah perniagaan, kadang kala kita akan ditimpa sesuatu yang tidak diingini. Contohnya, bencana alam. Ini adalah pendapat saya. Kalau ada yang pendapat yang lebih baik, kita kongsi bersama-sama. Ini sahaja untuk hari ini.

No comments:
Post a Comment